Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 25 Julai 2012

Hak milik terpelihara..

Opsssss..apa yang nak pelihara ni..haha...

Sebenarnya..Dengan rasminya KELISA BGJ**** telah menjadi Hak Milik aku hehe....
Sekejap je masa berlalu..dah 5 tahun aku guna kereta ni..

Sebenarnya ada lg 1 tahun lbh lg baru habis bayar,tetapi syukur rezeki Allah..
dapat aku setelkan semua..:-)

Banyak kenangan aku & BGJ ni..
Inilah kereta aku yang pertama yang teman aku kemerata tempat..

Rabu, 11 Julai 2012

Buat sesiapa yg bergelar suami @ bakal suami

13 cara suami melayan isteri mengikut cara Rasullullah S.A.W
  1. Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati.Buangkan ego.Minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra,mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata " udah-udah la merajuk tu,buruk beno gayanya, udah tua-tua pun merajuk lagi "
  2. Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah.Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri ( selain masalah lain)
  3. Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai,tegur dengan baik dan bijaksana.Pukul isteri bukan caranya.
  4. Ambil berat kesihatan isteri.Segera merawat isteri yang sakit.Jika terus bawa pergi jumpa doktor.
  5. Beri perhatian ketika isteri bercakap.Pandang mukanya ketika bercakap.Mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.
  6. Isteri tidak suka suami membandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan.Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.
  7. Ringankan kerja isteri dirumah.Buat anak sama-sama jadi jaga juga sama-sama.Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.
  8. jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah.Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.
  9. Sepertimana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga suami.Suami perlu juga jaga aib isteri.
  10. elakan untuk mengutuk isteri anda.Terutamanya depan org lain.
  11. Suami jangan kedekut.Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan.Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.
  12. Jangan bersepah dan pengotor.Kalau merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.
  13. Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincang dengan isteri.Isteri pula jangan la " ikut abang la...saya ikut ja.." setiap kali suami meminta pandangan.
Sesungguhnya peribadi Rasulullah S.A.W itu adalah peribadi yang paling baik untuk menjadi ikutan...wallahualam......

p/s: untuk En.suami juga..

Khamis, 5 Julai 2012

Haris dah boleh berdiri sendiri

Terujanya aku..selalunya Haris nak bagun  mesti paut kat org atau benda..semalam balik ja dari amik Haris di rumah bs haris main2 terus dia berdiri sendiri.tp sekejap ja la..bila aku kata haris dah boleh bendiri sendiri Haris gelak..( anak aku ni mmg asyik senyum& gelak ja ) hehhe...Skg Haris dok try ja..pandai anak ibu..
Alhamdullillah...
Harap-harap lepas ni haris boleh berjalan sendiri pula..
berusaha anak ibu & abah ..
cayok...cayok..cayok...
sayangggg haris....muahhhh...

Nifsu syaaban

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”



Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib) Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

 ( copy paste dr wikipedia )

 

 Antara amalan yang digalakkan pada hari Nisfu Syaaban :

  • membaca yassin tiga kali , setiap-tiap satu kali bacaan yassin dibaca satu kali doa.
    1. bacaan pertama dengan meminta dipanjangkan umur
    2. bacaan kedua dengan niat menolak bala
    3. bacaan ketiga dengan niat terkaya daripada manusia
  • melakukan Qiamullail
  • berpuasa pada siang harinya.
p/s: alhamdulillah semalam sempat baca yassin dengan en.suami & diteman Haris.semoga mendapat keberkatan dariNYA.