Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 11 Julai 2012

Buat sesiapa yg bergelar suami @ bakal suami

13 cara suami melayan isteri mengikut cara Rasullullah S.A.W
  1. Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati.Buangkan ego.Minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra,mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata " udah-udah la merajuk tu,buruk beno gayanya, udah tua-tua pun merajuk lagi "
  2. Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah.Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri ( selain masalah lain)
  3. Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai,tegur dengan baik dan bijaksana.Pukul isteri bukan caranya.
  4. Ambil berat kesihatan isteri.Segera merawat isteri yang sakit.Jika terus bawa pergi jumpa doktor.
  5. Beri perhatian ketika isteri bercakap.Pandang mukanya ketika bercakap.Mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.
  6. Isteri tidak suka suami membandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan.Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.
  7. Ringankan kerja isteri dirumah.Buat anak sama-sama jadi jaga juga sama-sama.Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.
  8. jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah.Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.
  9. Sepertimana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga suami.Suami perlu juga jaga aib isteri.
  10. elakan untuk mengutuk isteri anda.Terutamanya depan org lain.
  11. Suami jangan kedekut.Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan.Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.
  12. Jangan bersepah dan pengotor.Kalau merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.
  13. Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincang dengan isteri.Isteri pula jangan la " ikut abang la...saya ikut ja.." setiap kali suami meminta pandangan.
Sesungguhnya peribadi Rasulullah S.A.W itu adalah peribadi yang paling baik untuk menjadi ikutan...wallahualam......

p/s: untuk En.suami juga..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan