Hari ini check up kat Klinik Desa Pauh macam biasa..minggu ni dah masuk 37minggu kandungan aku..Masa ini aku dah boleh bersalin bila2 masa sahaja walaupun tarikh jangka aku 14/05/2013..Dalam hati takut,seronok semua ada..walaupun ini baby yang kedua (org kata dah ada pengalaman) aku tetap takut dan masih lg mencari maklumat mengenai proses bersalin , tip dan sebagainya kt pak cik google..
Haris dulu aku bersalin pada minggu ke 37 juga..Yang kedua ini entah la..entah sempat ke x aku nak mengundi pada 5/5/2013 ni..Entah2 aku mengundi dalam pantang heheh...wallahhualam..aku cuma berharap aku selamat melahirkan baby kami yang ke2 ni dan baby sihat hendakNya ..Amin..
Haris pun dah x sabar nak tgk adik Haris..Bila aku & en,suami cakap mana adik dia tunjuk perut aku dan cakap 'adik'.Haris ni mmg manja,terubat aku dengan perangai dia..suka betul dia tidoq kat perot aku yang sedang memboyot ni..sekarang ni mcm2 perangai dia buat..nak tergelak pun ada walaupun kadang2 nak marah pun ada..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan